Wednesday, 11 July 2012

KASUT : SHOES

Tanyalah mana pendaki-pendaki baru atau 'beginner' mesti menghadapi masalah mencari kasut yang sesuai untuk mendaki gunung atau melakukan aktiviti di dalam hutan. Melainkan pendaki tegar atau 'otai' dan yang berkemampuan membeli kasut kasut berjenama seperti  salomon, karrimor dan lain lain.Tahukah anda keselesaaan pemakaian amat memainkan peranan yang penting semasa penggunaannya .Jadi kasut mahal macamana pun kalau tidak selesa tidak guna juga ya.. lagi satu kasut mahal-mahal beli beratus ringgit mana mungkin mahu guna dalam hutan kan, lebih baik bawak pergi berjalan...

KARRIMAU KA?

mesti korang pelik kenapa ada lambang karrimor kat belakang...adakah ianya berjenama karrimor  atau... hehehe itu hanyalah daya kreativiti aku sahaja.. maklum le nak beli x mampu hanya mampu beli liquid paper kemudian lukis logo dia..hehe kasut ni lebih di kenali sebagai adidas kampung di kalangan pendaki di malaysia.ini adalah antara kasut yang aku guna kan atas pemberian seorang sahabat bernama en Fahmi Yusof dua tahun lepas di Gunung Dato Rembau N.9. Aku guna hingga sekarang. Ada kebaikan da keburukan kasut ini diantaranya adalah :

kebaikan 
  • ringan
  • cepat kering
  • tersangat murah
  • kalis air
  • mudah dicuci
keburukan 
  • kaki melecet
  • tapak nipis
  • ciri ciri keselamatan kurang
  • 100% getah 
  • tiada span atau pelapik di struktur kasut
Pemilihan kasut harus dibuat dengan teliti bagi menjayakan pendakian anda selain mengelakkan kecederaan, ketahanan kasut harus ditahap yang paling tinggi bagi mengelakkan kerosakan di tengah pendakian,keselesaan juga harus dititik beratkan. 
tepuk dada tanya poket anda...





No comments:

Post a Comment