Sunday, 22 July 2012

GUNUNG TANGGA 6609 ft 6 - 8 JULAI 2012

peserta xpdc gunung tangga

1. Kasut Getah

2-Sainul Haizan Baharudin

3-Nisda As-

 4-Fariz Hamzah

5-Semarak Getah @abg chik

6-Hazreen Syafiela @ kechik-

7-Adnan Othman

8-Mimi Norshira

9-Isman

10-Lokman

11-Own Rs 

12-Siti Zulaikha

13-Mohamad Fazley

14-Adventitia Betz Sporotrichosis

15-Que Azila

16-Hanif

17-Mohammad khuddus

18-Bob 

19-Mie gen2 

20-Kak ita 

21-Rayhan

22-MohdFadli Salam 

23-Azlina Zaini 

24-Geng Sniper Lipis

25-Pa'e Awang

26-Eone Khalil 

27-Hafizan Ismail 

28-Ebai Bai 

29-Khairul Izawan

30-Tikaq Getah



Gunung Tangga berada di sempadan Cameron Highland - Gua Musang. Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang diketahui umum memandangkan gunung ini berada agak jauh dari Kg Rajah, Cameron Highland dan sebelum ini tiada jalan untuk kesana. Gunung ini 
paling hampir dengan penempatan Orang Asli Pos Brooke, Kelantan. Keadaan geografi gunung tangga boleh dikatakan agak mencabar di mana terdapatnya beberapa ‘ bukit tipu ‘ yang mampu menguji kesabaran dan ketahanan para pendaki sebelum sampai ke kemsite mahupun ke puncak gunung. 
Keunikkan gunung tangga ini adalah kerana terdapatnya bunga Rafflesia yakni diantara bunga terbesar di dunia dan merupakan lokasi penyelidikan bagi Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu keunikan geografi nya juga terdapat 
pokok2 orkid hutan serata flora dan fauna yang beza dengan keadaan muka bumi nya.

----------BERJIMBARA SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM--------- Slogan kali ini dari naz a.k.a kasut getah dari budak cap ayam Tarikh : 6 july – 8 july 2012 Lokasi : Pos Brooke, gua musang, Kelantan Kumpulan : BCA budak cap ayam

kami berempat dari kiri : mimi , isman , lokman dan aku .. aku mana?


6 july 2012  

2200
Kami (aku .Mimi.Isman,Lokman) berempat menaiki kenderaan proton persona nombor pendaftaran dirahsiakan memulakan perjalanan dari Shah Alam menuju ke RnR Rawang menunggu ketibaan Naz dan rakan rakan lain yg sebelum itu berkumpul di Gombak. 

7 july 2012

0002
Bergerak menuju ke lokasi dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan exit Simpang Pulai. Malangnya dalam perjalanan terdapat kemalangan yang melibatkan tumpahan bahan kimia berhampiran exit Bukit Tagar.hampir 2 jam 30 minit kami terkandas sepanjang 9 km.

0235
Kami meneruskan perjalanan menuju ke lokasi yang dijanjikan iaitu di Kg Raja Cameron Highland, setelah sampai kami menerima panggilan dari Naz memaklumkan tempat berkumpul di tukar ke balai Polis Lojing Gua Musang. Erkk dimanakah itu.. pada awalnya kami tiba lebih awal dari mereka akhirnya kami tiba di lojing yang terakhir sekali sebab nya...... kami terlajak hampir 30 km haha padan muke...

0700
Kami sampai lokasi di Balai Polis Lojing terus menunaikan solat subuh. Melihat kawan kawan sedang tidur dan ada juga yang sedang main lari lari.. 

0930
Selesai menukar pakaian ,mandi dan bersarapan di kedai berhampiran, akhirnya jurupandu arah atau guide 2 orang asli iaitu Pak Atan dan Abang Majid datang bertemu kami dan memaklumkan serba sedikit tentang trek yang akan di tempuhi.. selesai breffing dan doa kami memulakan perjalanan dengan lafaz bismilah...
berlatarbelakangkan pondok polis lojing daerah gua musang kelantan
 mekar nya bunga Rafflesia

1234
Kami sampai di kem pakma atau dengan lebih mesranya kem bunga Rafflesia. Kawasan ini adalah kawasan kajian dari pihak Universiti Malaysia Kelantan. Selesai membuat penyelidikan dan bergambar kami meneruskan perjalanan menuju ke water point untuk makan tengahari .

1400
Juadah makan tengahari di masak oleh geng BCA ( nasi impit + sambal ikan bilis )

1433
Meneruskan perjalanan menuju ke kemsite 1  @cp 1.

seiring dan sejalan seindah rafflesia di taman ...


1845
Sampai di kemsite 1 .. sepanjang perjalanan menuju ke kemsite 1 ni.. dugaannn.. berape kali kene tipu ngan bukit  tipu.. bile nak sampai.. pacak tegak merangkak akhirnya ... masak tengah trek. sambil berpantun dan bergurindam .... tu yang terbaik untuk mempositifkan minda hahaaa...
( tiada yang indah melainkan tidoo dan tido.. setelah membersihkan diri makan dan minum sambil bual bual bawah fly ..) akhirnyaa.. zzZZZZzzzZZzzzz....
jam 1745 sementara mem'posositif'kan diri kite makan dulu topup tenaga bagi menghadapi trek pacak
my mr mashi maro
8july 2012

0530
Aku terjaga (padahal mang x bleh tidur ) akibat penaklukan kuasa dan tanah jajahan di tempat tidur aku. huihhh sabo jek la.. last2 aku kejutkan dia bersama kawan kawan lain dengan niat  bila mereka bangun 'kompom' mereka akan menuju puncak , dan aku boleh la tidur sepuas puasnya kerana dalam hati memang tidak mahu menuju puncak. 
di saat ini lah aku di pujuk rayu oleh mereka untuk naik ke puncak huh... mata manyak rabak meh mau tidow..
0730
Sangkaan aku meleset sama sekali apabila niat asal mahu tidur sepuasnya di kemsite 1 tergendala akibat dari rayuan dan pujukan mesra dari Isman ,Mimi dan Lokman .yelah yelahh aku ikut la korang naik puncak..puas hati..??? 

1025
Akhirnya aku sampai ke puncak GUNUNG TANGGA . Alhamdulillah.. ALLAHHUAKHBAR indahnya ciptaan Ilahi bila berada di suatu tempat tinggi. Seramai 16 orang dari 30 orang menyertai pendakian di puncak gunung .Selebihnya ? tido dan masak la kot kat kemsite 1 
yeahhh... kami berjaya menawan gunung tangga
panorama di atas puncak
puncak gunung tangga
bersama guide pak atan dan abg majid

1053
Bergerak turun dari puncak gunung tangga setelah selesai merakamkan saat indah dan manis bersama rakan rakan di puncak.


1243

sampai di kemsite 1. Masa turun dari puncak lebih cepat berbanding dengan pendakian. Yang pasti hidangan sarapan dan tengahari sudah siap disediakan . terima kasih chef BCA. 

1510
Yeahh masa untuk pulang ke tamadunan.Selamat tinggal kehidupan nomad. Kami bergerak menuju ke kaki gunung dengan satu tujuan.. JAMBAN.. haaha .gurau gurau jerk..

1920
Tiba di kawasan parking kereta.alhamdulilah selamat sampai akhirnya dengan selamat.peserta terakhir yang sampai adalah pada jam 2012 . Semua peserta xpdc berada alam keadaan baik dan selamat .syukur akhamdulilah.. 

geng frenz.. fadli azlina dan aan 

yeahhhhhhhhhhhhh....
JEJAK RAFFLESIA DI GUNUNG TANGGA
6 - 8 JULAI 2012
ORGANIZED  BY BUDAK CAP AYAM
THANK YOU FOR THIS TRIP
WELLDONE
BUDAK CAP AYAM
KASUT GETAH a.k.a NAZ



Wednesday, 11 July 2012

KASUT : SHOES

Tanyalah mana pendaki-pendaki baru atau 'beginner' mesti menghadapi masalah mencari kasut yang sesuai untuk mendaki gunung atau melakukan aktiviti di dalam hutan. Melainkan pendaki tegar atau 'otai' dan yang berkemampuan membeli kasut kasut berjenama seperti  salomon, karrimor dan lain lain.Tahukah anda keselesaaan pemakaian amat memainkan peranan yang penting semasa penggunaannya .Jadi kasut mahal macamana pun kalau tidak selesa tidak guna juga ya.. lagi satu kasut mahal-mahal beli beratus ringgit mana mungkin mahu guna dalam hutan kan, lebih baik bawak pergi berjalan...

KARRIMAU KA?

mesti korang pelik kenapa ada lambang karrimor kat belakang...adakah ianya berjenama karrimor  atau... hehehe itu hanyalah daya kreativiti aku sahaja.. maklum le nak beli x mampu hanya mampu beli liquid paper kemudian lukis logo dia..hehe kasut ni lebih di kenali sebagai adidas kampung di kalangan pendaki di malaysia.ini adalah antara kasut yang aku guna kan atas pemberian seorang sahabat bernama en Fahmi Yusof dua tahun lepas di Gunung Dato Rembau N.9. Aku guna hingga sekarang. Ada kebaikan da keburukan kasut ini diantaranya adalah :

kebaikan 
  • ringan
  • cepat kering
  • tersangat murah
  • kalis air
  • mudah dicuci
keburukan 
  • kaki melecet
  • tapak nipis
  • ciri ciri keselamatan kurang
  • 100% getah 
  • tiada span atau pelapik di struktur kasut
Pemilihan kasut harus dibuat dengan teliti bagi menjayakan pendakian anda selain mengelakkan kecederaan, ketahanan kasut harus ditahap yang paling tinggi bagi mengelakkan kerosakan di tengah pendakian,keselesaan juga harus dititik beratkan. 
tepuk dada tanya poket anda...