Saturday, 14 January 2012

gunung stong kelantan

NEW YEAR AT JELAWANG JUNGLE, 
GUNUNG STONG KELANTAN  
puncak baha ,puncak ayam dan puncak stong
29.12.2011 - 02.01.2012

para pendaki gunung stong kelantan
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA..
Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi di berikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pada akhir tahun 2011 di mana saya bersama pendaki pendaki gunung yang terdiri dari pelbagai kelab pendaki sekali lagi berjaya menawan puncak gunung stong yang berketinggian 1422 M sepenjang perjalanan turut menempuhi 2 buah puncak lagi iaitu PUNCAK BAHA dan PUNCAK  AYAM 1500M.

perjalanan hampir 12 jam dari kl sentral
 ke stesen keretapi dabong di kelantan
29.12.2011
Pada jam 620pm 
saya sendirian dari shah alam ke kl sentral kebetulan berjumpa dengan najmi ahmad di stesen KTM Shah Alam

jam 720pm 
Sampai di Kl Sentral. bertemu dengan para pendaki yang kebanyakannya saya tidak kenal. Hanya yang saya kenal hanyalah saudara Zainul ,Saiful dan Najmi Ahmad.setelah berkenalan dan di beri tiket keretapi oleh krew ORA tepat jam 835 kami bergerak menaiki keretapi menuju ke Dabong Kelantan.di anggarkan perjalanan mengambil masa 12 jam .

30.12.2011
Jam 840am sampai di stesen Keretapi Dabong..
Alhamdulilah selamat sampai .kami diberitahu oleh KREW ORA yang kami akan menjelajahi gua terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian menuju ke campsite di kem baha.penjelajahan gua terdiri dari           Gua Keris Gua Gelap..


ini bukan cerita batu belah
 batu bertangkup yee
Jam 1245 tamat penjelajahan di gua gua tersebut yang di bantu oleh GUIDE orang tempatan di situ.kemudian pada jam 230pm balik ke stesen dabong untuk makan tengahari disamping mengagihkan ration mengikut kumpulan masing masing.

Jam 425pm bertolak ke resort menaiki van
Jam 450pm sampai di resort. kami menyiapkan kelengkapan terakhir dan memastikan keperluan cukup untuk menampung sumber makanan kami sepanjang pendakian.
Jam 515pm bergerak ke kem baha jelawang jungle ,pendakian mengambil masa 1 Jam lebih kerana keadaan cuaca yang sentiasa hujan dan keadaan trek yang licin 
Jam 650 pm saya dan najmi ahmad sampai dan terus memasang flysheet bersama dengan Izzudin yang kebetulan telah tiba lebih awal dari kami sementara menunggu kumpulan kami yang terdiri dari OHM,orang hutan malaya.

31.12.2011
Jam 700am
krew ORA iaitu Amir dan Sam memaklumkan pada kami pendakian untuk ke puncak stong adalah secara daypack bermakna kami tidak perlu membawa beg2 tanker kami untuk dibawa bersama.cukuplah sekadar membawa bekalan makanan sepanjang perjalanan.
                                                                                      
bersama epoll 
Jam 920 
hujan renyai renyai  kadang kadang lebat mengiringi kami semua 
bermula pendakian 3 puncak secara daypack.iaitu Puncak Baha ,Puncak Ayam dan Puncak Stong.pendakian agak santai pada mula nya menuju ke kem baha.Saya yang pada mulanya berada di tengah kumpulan akhirnya berada di akhir bersama Bob politeknik pd dan Zainul selaku sweeper.. perjalanan di iringi gelak ketapa sampai buah prunn Najmi Ahmad pon akhirnya telah dicabuli oleh kami  akibat lapar haha..

Jam 115pm sampai di puncak baha.saya akhirnya bertemu juga dengan kumpulan saya yang sedang memasak makanan tengahari..terima kasih pada geng2 OHM kerana masak kueh tiaw goreng. 

jam 235pm bergerak mendaki puncak ayam 
(tidak tahu mana datangnya 'ayam' tersebut)

jam 315pm sampai di puncak ayam .selesai sesi bergambar di puncak ayam.
jam 330pm kami bergerak mendaki puncak stong. pendakian diteruskan menuju ke gunung stong. keadaan hujan dan trek yang licin serta trek yang agak mencanak betul betul menguji kemampuan dan kekuatan mantel kami semua.akhirnya tiba pada jam 505pm di puncak gunung stong.
   
PUNCAK GUNUNG STONG 1422M
                                             
Jam 517pm
bergerak balik ke camp baha. satu pengalaman yang terindah dan akan di ingati sampai bila bila. pengalaman mendebarkan tatkala kedengaran tempikan gajah liar di dalam hutan. dengan jolokan nama JUMBO sudah cukup membuktikan bahawa hidupan liar di sana masih lagi ada cuma kuantiti nya sedikit akibat dari pemburuan haram. mujur abang2 guide bekerja keras menghalau JUMBO untuk memastikan keselamatan para pendaki semua.. 
kami akhirnya terpisah dalam beberapa kumpulan kecil kerana hari semakin gelap.berjalan dengan penuh berhati hati kerana keadaan trek yang licin dan cerun.







Jam 800 akhirnya alhamdulilah kami akhirnya sampai di kem baha <campsite>
kami membersihkan diri sementara menunggu pendaki pendaki lain tiba..syukur alhamdulilah sepanjang pendakian tiada kecederaan serius berlaku walaupun ada 2 3 orang yang tergelincir akibat dari tanah licin dan berlumpur..


berak merata2 xder disiplin la...
1.1.2012
jam 630am layan view<malang nya cuaca x mengizinkan>
jam 1015 mandi terjun sliding tiruk di lata sepuas puasnya memang pengalaman yang menarik. TERBAEKKK...selesai mandi manda kami berkemas dan mempersiapkan diri untuk pulang memandangkan hari semakin petang, KREW ORA maklum bahawa kami semua akan mula turun menuju ke resort pada jam 400pm.

jam 415 bergerak menuruni ke resort tempat permulaan kami mendaki.
jam 440pm sampai di resort.kami semua membersihkan diri sekali lagi dan mewangi kan diri hehe..
jam 540 van mengambil kami semua pergi ke stesen keretapi dabong
jam 610 sampai di stesen keretapi dabong
sementara menunggu ketibaan keretapi pada jam 924pm kami makan makan makan dan akhirnya makan lagi sampai kekenyangan...
jam 924pm keretapi pun sampai seperti yg di janjikan..

2.1.2012
jam840 tiba di kl sentral
bergambar sakan sebagai kenangan trip ni..
berpisah membawa haluan masing2...

terima kasih pada pihak ORA.. gogo gaga gugu gigi semua..
pada semua peserta terima kasih walaupun kite x sempat berkenalan lebih lanjut..SEKIAN 

*masa yg tercatat dari catatan saya sendiri ,mungkin berubah dengan catatan asal

No comments:

Post a Comment