Saturday, 29 September 2012

MERDEKA RAYA DI GUNUNG CHEMERONG BEREMBUN LANSIR TERENGGANU
  31 OGOS -2 SEPT 2012

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..trip kali ini di anjurkan oleh ORA adventure yg dikelolakan oleh en amirulazmi dan krew krew O.R.A .bersama para pendaki2 tegar dan baru meneroka keindahan hutan lipur dan gunung CHEMERONG BEREMBUN LANSIR atau lebih dikenali sbg CBL 


air terjun chemerung
SINOPSIS PERJALANAN SEBELUM ,SEMASA,DAN SELEPAS
(ini adalah catatan peribadi dan mungkin berbeza dengan catatan rakan rakan kembara yang lain harap maklum )




30.8.2012

1100pm – berkumpul di opis ORA
menaiki bas yang di sewa khas
sebelum masing2 mabuk laut.da macam naik bot dah haha..

31.8.2012


0100am – pergerakan bermula dan mengambil peserta di sepanjang perjalanan
0640am – sampai di Bandar al-mutaffi bilal shah solat subuh dan sarapan
 0755am – sampai di paking hutan lipur chemerong

1035am – mula pendakian di iringi bacaan doa semoga selamat pergi balik
0105pm – sampai di kem botak masak makan tengahari dalam kumpulan solat zohor 
0300pm – selesai berehat dan makan ,pergerakan bermula menuju ke sungai bangang
0634pm - sampai di sungai bangang .ambil masa berehat seketika ada yang mandi manda..
0710 pm – meneruskan perjalanan menuju ke kemsite air terjun lansir. Berehat seketika maghrib

0820pm – sampai di air terjun lansir.urusan kebersihan ( mandi manda dan urus tempat tidur )

1.9.2012

0630 am – layan matahari terbit tepi air terjun..perghh..
0800am – mandi mandi dan mandi sampai kechuttt..
1200 pm - sesi membakar sate,kuah lontong ,ketupat dan menu raya hhe
0200pm – sesi photografi MERDEKA RAYA sehingga ke malam aktiviti bebas

2.9.2012
0912am – taklimat ringkas beserta doa ,mulakan pendakian
0233pm – sampai di kem Y
0315pm - sampai di kem balak ,makan tengahari
0411pm - sampai di air terjun chemerong,sesi bergambar ,tiruk terjun ,nyelam sampai lebam
0534pm – sampai di kaki gunung ,resort hutan lipur chemerong. Bersihakan diri solat.kemas barang . 
0835pm – bergerak meninggalkan hutan lipur chemerong

3.9.2012 
0500am – sampai k.l pejabat ORA
0645am – sampai rumah
0800 am - MASUK KERJA huarhhhhhh…




<== ambik kau isman watchaa










 pawang api goreng telor jerk bang ==>
menu utama meh makan sate di puncak .. ko HADOO??
masak lodeh (bukan kain londeh) ketupat kuah kacang sate kuih raye perhhh
 bersama rakan kembara  

                                    rendamm                                                                                                                                                           
merdeka raya 2012
puncak gunung berembun
melayani permandangan terbit matahari di puncak lansir
# ini adalah coretan individu yang mungkin berbeza dengan masa,tempat dan situasi yg berlaku diantara kita sepanjang pendakian. Sekadar suka suka.terima kasih pihak pengurusan serta para pendaki sekelian kenangan yang tak mungkin di lupakan.yang pasti KENE REPEAT itu sudah pasti ..
MAAF DI PINTA JIKA TERKASAR KATA DAN PERBUATAN SEPANJANG 3 HARI BERSAMA..
adnan Othman a.k.a A.B.O


Sunday, 22 July 2012

GUNUNG TANGGA 6609 ft 6 - 8 JULAI 2012

peserta xpdc gunung tangga

1. Kasut Getah

2-Sainul Haizan Baharudin

3-Nisda As-

 4-Fariz Hamzah

5-Semarak Getah @abg chik

6-Hazreen Syafiela @ kechik-

7-Adnan Othman

8-Mimi Norshira

9-Isman

10-Lokman

11-Own Rs 

12-Siti Zulaikha

13-Mohamad Fazley

14-Adventitia Betz Sporotrichosis

15-Que Azila

16-Hanif

17-Mohammad khuddus

18-Bob 

19-Mie gen2 

20-Kak ita 

21-Rayhan

22-MohdFadli Salam 

23-Azlina Zaini 

24-Geng Sniper Lipis

25-Pa'e Awang

26-Eone Khalil 

27-Hafizan Ismail 

28-Ebai Bai 

29-Khairul Izawan

30-Tikaq Getah



Gunung Tangga berada di sempadan Cameron Highland - Gua Musang. Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang diketahui umum memandangkan gunung ini berada agak jauh dari Kg Rajah, Cameron Highland dan sebelum ini tiada jalan untuk kesana. Gunung ini 
paling hampir dengan penempatan Orang Asli Pos Brooke, Kelantan. Keadaan geografi gunung tangga boleh dikatakan agak mencabar di mana terdapatnya beberapa ‘ bukit tipu ‘ yang mampu menguji kesabaran dan ketahanan para pendaki sebelum sampai ke kemsite mahupun ke puncak gunung. 
Keunikkan gunung tangga ini adalah kerana terdapatnya bunga Rafflesia yakni diantara bunga terbesar di dunia dan merupakan lokasi penyelidikan bagi Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu keunikan geografi nya juga terdapat 
pokok2 orkid hutan serata flora dan fauna yang beza dengan keadaan muka bumi nya.

----------BERJIMBARA SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM--------- Slogan kali ini dari naz a.k.a kasut getah dari budak cap ayam Tarikh : 6 july – 8 july 2012 Lokasi : Pos Brooke, gua musang, Kelantan Kumpulan : BCA budak cap ayam

kami berempat dari kiri : mimi , isman , lokman dan aku .. aku mana?


6 july 2012  

2200
Kami (aku .Mimi.Isman,Lokman) berempat menaiki kenderaan proton persona nombor pendaftaran dirahsiakan memulakan perjalanan dari Shah Alam menuju ke RnR Rawang menunggu ketibaan Naz dan rakan rakan lain yg sebelum itu berkumpul di Gombak. 

7 july 2012

0002
Bergerak menuju ke lokasi dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan exit Simpang Pulai. Malangnya dalam perjalanan terdapat kemalangan yang melibatkan tumpahan bahan kimia berhampiran exit Bukit Tagar.hampir 2 jam 30 minit kami terkandas sepanjang 9 km.

0235
Kami meneruskan perjalanan menuju ke lokasi yang dijanjikan iaitu di Kg Raja Cameron Highland, setelah sampai kami menerima panggilan dari Naz memaklumkan tempat berkumpul di tukar ke balai Polis Lojing Gua Musang. Erkk dimanakah itu.. pada awalnya kami tiba lebih awal dari mereka akhirnya kami tiba di lojing yang terakhir sekali sebab nya...... kami terlajak hampir 30 km haha padan muke...

0700
Kami sampai lokasi di Balai Polis Lojing terus menunaikan solat subuh. Melihat kawan kawan sedang tidur dan ada juga yang sedang main lari lari.. 

0930
Selesai menukar pakaian ,mandi dan bersarapan di kedai berhampiran, akhirnya jurupandu arah atau guide 2 orang asli iaitu Pak Atan dan Abang Majid datang bertemu kami dan memaklumkan serba sedikit tentang trek yang akan di tempuhi.. selesai breffing dan doa kami memulakan perjalanan dengan lafaz bismilah...
berlatarbelakangkan pondok polis lojing daerah gua musang kelantan
 mekar nya bunga Rafflesia

1234
Kami sampai di kem pakma atau dengan lebih mesranya kem bunga Rafflesia. Kawasan ini adalah kawasan kajian dari pihak Universiti Malaysia Kelantan. Selesai membuat penyelidikan dan bergambar kami meneruskan perjalanan menuju ke water point untuk makan tengahari .

1400
Juadah makan tengahari di masak oleh geng BCA ( nasi impit + sambal ikan bilis )

1433
Meneruskan perjalanan menuju ke kemsite 1  @cp 1.

seiring dan sejalan seindah rafflesia di taman ...


1845
Sampai di kemsite 1 .. sepanjang perjalanan menuju ke kemsite 1 ni.. dugaannn.. berape kali kene tipu ngan bukit  tipu.. bile nak sampai.. pacak tegak merangkak akhirnya ... masak tengah trek. sambil berpantun dan bergurindam .... tu yang terbaik untuk mempositifkan minda hahaaa...
( tiada yang indah melainkan tidoo dan tido.. setelah membersihkan diri makan dan minum sambil bual bual bawah fly ..) akhirnyaa.. zzZZZZzzzZZzzzz....
jam 1745 sementara mem'posositif'kan diri kite makan dulu topup tenaga bagi menghadapi trek pacak
my mr mashi maro
8july 2012

0530
Aku terjaga (padahal mang x bleh tidur ) akibat penaklukan kuasa dan tanah jajahan di tempat tidur aku. huihhh sabo jek la.. last2 aku kejutkan dia bersama kawan kawan lain dengan niat  bila mereka bangun 'kompom' mereka akan menuju puncak , dan aku boleh la tidur sepuas puasnya kerana dalam hati memang tidak mahu menuju puncak. 
di saat ini lah aku di pujuk rayu oleh mereka untuk naik ke puncak huh... mata manyak rabak meh mau tidow..
0730
Sangkaan aku meleset sama sekali apabila niat asal mahu tidur sepuasnya di kemsite 1 tergendala akibat dari rayuan dan pujukan mesra dari Isman ,Mimi dan Lokman .yelah yelahh aku ikut la korang naik puncak..puas hati..??? 

1025
Akhirnya aku sampai ke puncak GUNUNG TANGGA . Alhamdulillah.. ALLAHHUAKHBAR indahnya ciptaan Ilahi bila berada di suatu tempat tinggi. Seramai 16 orang dari 30 orang menyertai pendakian di puncak gunung .Selebihnya ? tido dan masak la kot kat kemsite 1 
yeahhh... kami berjaya menawan gunung tangga
panorama di atas puncak
puncak gunung tangga
bersama guide pak atan dan abg majid

1053
Bergerak turun dari puncak gunung tangga setelah selesai merakamkan saat indah dan manis bersama rakan rakan di puncak.


1243

sampai di kemsite 1. Masa turun dari puncak lebih cepat berbanding dengan pendakian. Yang pasti hidangan sarapan dan tengahari sudah siap disediakan . terima kasih chef BCA. 

1510
Yeahh masa untuk pulang ke tamadunan.Selamat tinggal kehidupan nomad. Kami bergerak menuju ke kaki gunung dengan satu tujuan.. JAMBAN.. haaha .gurau gurau jerk..

1920
Tiba di kawasan parking kereta.alhamdulilah selamat sampai akhirnya dengan selamat.peserta terakhir yang sampai adalah pada jam 2012 . Semua peserta xpdc berada alam keadaan baik dan selamat .syukur akhamdulilah.. 

geng frenz.. fadli azlina dan aan 

yeahhhhhhhhhhhhh....
JEJAK RAFFLESIA DI GUNUNG TANGGA
6 - 8 JULAI 2012
ORGANIZED  BY BUDAK CAP AYAM
THANK YOU FOR THIS TRIP
WELLDONE
BUDAK CAP AYAM
KASUT GETAH a.k.a NAZ



Wednesday, 11 July 2012

KASUT : SHOES

Tanyalah mana pendaki-pendaki baru atau 'beginner' mesti menghadapi masalah mencari kasut yang sesuai untuk mendaki gunung atau melakukan aktiviti di dalam hutan. Melainkan pendaki tegar atau 'otai' dan yang berkemampuan membeli kasut kasut berjenama seperti  salomon, karrimor dan lain lain.Tahukah anda keselesaaan pemakaian amat memainkan peranan yang penting semasa penggunaannya .Jadi kasut mahal macamana pun kalau tidak selesa tidak guna juga ya.. lagi satu kasut mahal-mahal beli beratus ringgit mana mungkin mahu guna dalam hutan kan, lebih baik bawak pergi berjalan...

KARRIMAU KA?

mesti korang pelik kenapa ada lambang karrimor kat belakang...adakah ianya berjenama karrimor  atau... hehehe itu hanyalah daya kreativiti aku sahaja.. maklum le nak beli x mampu hanya mampu beli liquid paper kemudian lukis logo dia..hehe kasut ni lebih di kenali sebagai adidas kampung di kalangan pendaki di malaysia.ini adalah antara kasut yang aku guna kan atas pemberian seorang sahabat bernama en Fahmi Yusof dua tahun lepas di Gunung Dato Rembau N.9. Aku guna hingga sekarang. Ada kebaikan da keburukan kasut ini diantaranya adalah :

kebaikan 
  • ringan
  • cepat kering
  • tersangat murah
  • kalis air
  • mudah dicuci
keburukan 
  • kaki melecet
  • tapak nipis
  • ciri ciri keselamatan kurang
  • 100% getah 
  • tiada span atau pelapik di struktur kasut
Pemilihan kasut harus dibuat dengan teliti bagi menjayakan pendakian anda selain mengelakkan kecederaan, ketahanan kasut harus ditahap yang paling tinggi bagi mengelakkan kerosakan di tengah pendakian,keselesaan juga harus dititik beratkan. 
tepuk dada tanya poket anda...





Saturday, 30 June 2012

assalamualaikum wbt. sahabat.. 

lame x update blog. maklum le x da aktiviti2 yang hardcore untuk di kongsikan walaupon ada tapi x sehardcore seperti sebelom2 ni.. insyaallah akan ada.. tungguu... last kayuhan yang jaraknya x berapa jauh aku g kayuh bersama rakan rakan di LADANG TEH bukit cheding.. mungkin ramai x tau kat area banting ader ladang teh.. ak pon tak tau sehingga lah satu hari dirancang oleh sahabat aku bernama azizan atau di kenali sebagai wak jan.bersama rakan rakan lain iaitu tun teja dan abd salam. agak kesal kerana tidak dapat menikmati TEH di situ kerana hujung minggu so kilang tutup.

bersama rakan2 dari kiri abd salam, adnan, tun teja dan wak jan, ( tengah ambil gambar )

Saturday, 14 January 2012

gunung stong kelantan

NEW YEAR AT JELAWANG JUNGLE, 
GUNUNG STONG KELANTAN  
puncak baha ,puncak ayam dan puncak stong
29.12.2011 - 02.01.2012

para pendaki gunung stong kelantan
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA..
Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi di berikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pada akhir tahun 2011 di mana saya bersama pendaki pendaki gunung yang terdiri dari pelbagai kelab pendaki sekali lagi berjaya menawan puncak gunung stong yang berketinggian 1422 M sepenjang perjalanan turut menempuhi 2 buah puncak lagi iaitu PUNCAK BAHA dan PUNCAK  AYAM 1500M.

perjalanan hampir 12 jam dari kl sentral
 ke stesen keretapi dabong di kelantan
29.12.2011
Pada jam 620pm 
saya sendirian dari shah alam ke kl sentral kebetulan berjumpa dengan najmi ahmad di stesen KTM Shah Alam

jam 720pm 
Sampai di Kl Sentral. bertemu dengan para pendaki yang kebanyakannya saya tidak kenal. Hanya yang saya kenal hanyalah saudara Zainul ,Saiful dan Najmi Ahmad.setelah berkenalan dan di beri tiket keretapi oleh krew ORA tepat jam 835 kami bergerak menaiki keretapi menuju ke Dabong Kelantan.di anggarkan perjalanan mengambil masa 12 jam .

30.12.2011
Jam 840am sampai di stesen Keretapi Dabong..
Alhamdulilah selamat sampai .kami diberitahu oleh KREW ORA yang kami akan menjelajahi gua terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian menuju ke campsite di kem baha.penjelajahan gua terdiri dari           Gua Keris Gua Gelap..


ini bukan cerita batu belah
 batu bertangkup yee
Jam 1245 tamat penjelajahan di gua gua tersebut yang di bantu oleh GUIDE orang tempatan di situ.kemudian pada jam 230pm balik ke stesen dabong untuk makan tengahari disamping mengagihkan ration mengikut kumpulan masing masing.

Jam 425pm bertolak ke resort menaiki van
Jam 450pm sampai di resort. kami menyiapkan kelengkapan terakhir dan memastikan keperluan cukup untuk menampung sumber makanan kami sepanjang pendakian.
Jam 515pm bergerak ke kem baha jelawang jungle ,pendakian mengambil masa 1 Jam lebih kerana keadaan cuaca yang sentiasa hujan dan keadaan trek yang licin 
Jam 650 pm saya dan najmi ahmad sampai dan terus memasang flysheet bersama dengan Izzudin yang kebetulan telah tiba lebih awal dari kami sementara menunggu kumpulan kami yang terdiri dari OHM,orang hutan malaya.

31.12.2011
Jam 700am
krew ORA iaitu Amir dan Sam memaklumkan pada kami pendakian untuk ke puncak stong adalah secara daypack bermakna kami tidak perlu membawa beg2 tanker kami untuk dibawa bersama.cukuplah sekadar membawa bekalan makanan sepanjang perjalanan.
                                                                                      
bersama epoll 
Jam 920 
hujan renyai renyai  kadang kadang lebat mengiringi kami semua 
bermula pendakian 3 puncak secara daypack.iaitu Puncak Baha ,Puncak Ayam dan Puncak Stong.pendakian agak santai pada mula nya menuju ke kem baha.Saya yang pada mulanya berada di tengah kumpulan akhirnya berada di akhir bersama Bob politeknik pd dan Zainul selaku sweeper.. perjalanan di iringi gelak ketapa sampai buah prunn Najmi Ahmad pon akhirnya telah dicabuli oleh kami  akibat lapar haha..

Jam 115pm sampai di puncak baha.saya akhirnya bertemu juga dengan kumpulan saya yang sedang memasak makanan tengahari..terima kasih pada geng2 OHM kerana masak kueh tiaw goreng. 

jam 235pm bergerak mendaki puncak ayam 
(tidak tahu mana datangnya 'ayam' tersebut)

jam 315pm sampai di puncak ayam .selesai sesi bergambar di puncak ayam.
jam 330pm kami bergerak mendaki puncak stong. pendakian diteruskan menuju ke gunung stong. keadaan hujan dan trek yang licin serta trek yang agak mencanak betul betul menguji kemampuan dan kekuatan mantel kami semua.akhirnya tiba pada jam 505pm di puncak gunung stong.
   
PUNCAK GUNUNG STONG 1422M
                                             
Jam 517pm
bergerak balik ke camp baha. satu pengalaman yang terindah dan akan di ingati sampai bila bila. pengalaman mendebarkan tatkala kedengaran tempikan gajah liar di dalam hutan. dengan jolokan nama JUMBO sudah cukup membuktikan bahawa hidupan liar di sana masih lagi ada cuma kuantiti nya sedikit akibat dari pemburuan haram. mujur abang2 guide bekerja keras menghalau JUMBO untuk memastikan keselamatan para pendaki semua.. 
kami akhirnya terpisah dalam beberapa kumpulan kecil kerana hari semakin gelap.berjalan dengan penuh berhati hati kerana keadaan trek yang licin dan cerun.







Jam 800 akhirnya alhamdulilah kami akhirnya sampai di kem baha <campsite>
kami membersihkan diri sementara menunggu pendaki pendaki lain tiba..syukur alhamdulilah sepanjang pendakian tiada kecederaan serius berlaku walaupun ada 2 3 orang yang tergelincir akibat dari tanah licin dan berlumpur..


berak merata2 xder disiplin la...
1.1.2012
jam 630am layan view<malang nya cuaca x mengizinkan>
jam 1015 mandi terjun sliding tiruk di lata sepuas puasnya memang pengalaman yang menarik. TERBAEKKK...selesai mandi manda kami berkemas dan mempersiapkan diri untuk pulang memandangkan hari semakin petang, KREW ORA maklum bahawa kami semua akan mula turun menuju ke resort pada jam 400pm.

jam 415 bergerak menuruni ke resort tempat permulaan kami mendaki.
jam 440pm sampai di resort.kami semua membersihkan diri sekali lagi dan mewangi kan diri hehe..
jam 540 van mengambil kami semua pergi ke stesen keretapi dabong
jam 610 sampai di stesen keretapi dabong
sementara menunggu ketibaan keretapi pada jam 924pm kami makan makan makan dan akhirnya makan lagi sampai kekenyangan...
jam 924pm keretapi pun sampai seperti yg di janjikan..

2.1.2012
jam840 tiba di kl sentral
bergambar sakan sebagai kenangan trip ni..
berpisah membawa haluan masing2...

terima kasih pada pihak ORA.. gogo gaga gugu gigi semua..
pada semua peserta terima kasih walaupun kite x sempat berkenalan lebih lanjut..SEKIAN 

*masa yg tercatat dari catatan saya sendiri ,mungkin berubah dengan catatan asal

Sunday, 18 December 2011

JatUh...


23.4.2011

lokasi kejadian di FRIM kepong.. melalui PACAT TRAIL..
sudah jatuh di timpa timpa
 akibat hilang kawalan amik.. ko..
ni la die wak jan..

tukang gelak sape ag my partner la AZIZAN a.k.a wak jan... 
rase nyer da lame da x ber offroad sejak my diablo rosak..cian die ader jerk akt umah da lame  x bawakber siar siar..

Saturday, 17 December 2011

BLOG jadi GOBLOCK


salam sejahtera keatas kamu semua..

ermmm setelah di'BLOCK' dan di 'GODAM' akhirnyer blog yg lame da terhapus dengan sendrik nye. ape nak buat,, terpakse la buat BLOG baru.. sempena tahun baru yg akan menjelma ni 2012 diharap penuh la segala intisari serta isi kandungan yg terdapat dalam blog ak ni jgn jadi GOBLOCK udah la yee...